Rabu, 1 Ogos 2007

Perkakasan Ergonomik - Bhgn.1

Mari kita mengenali pula tentang hardware(perkakasan) komputer yang ergonomik. Sebelum itu lebih baik kita fahami dahulu maksud ergonomik.

Ergonomik ialah suatu istilah yang merujuk kepada sesuatu reka bentuk peralatan yang direka untuk kesesuaian fizikal manusia.

Contohnya kerusi ergonomik. Kerusi biasa hanya mempunyai bentuk menyandar menegak biasa tetapi kerusi yang berkonsepkan ergonomik pula mempunyai tepat menyandar yang disesuaikan dengan bentuk tulang belakang kita. Mana lebih selesa? Sudah tentulah kerusi yang ergonomik.

Lihat gambar di bawah yang menggambarkan susasana kerja yang ergonomik:-


Gambar ini aku cilok dari website http://www.sfwa.org , Klik gambar untuk besarkannya.

Sekadar ini sahaja yang aku ingin cerita mengenai ergonomik. Aku akan buat sambungan post mengenai Peralatan Komputer Yang Ergonomik di post yang seterusnya.

Nota : Kalau ingin tahu lebih mengenai ergonomik layarilah website pak cik aku dan carilah sendiri tentang ergonomik.

Selasa, 31 Julai 2007

Klon Wikipedia

Aku rasa ramai yang sudah mengetahui tentang website wikipedia. Aku selalu jadikan website wikipedia tu sumber rujukan utama selain pak cik aku.

Yang aku nak cerita kali ni tentang klon kepada wikipedia. Websitenya memang hampir sama dengan wikipedia. Iaitu Uncyclopedia.

Tapi isinya memang celaka betul.... menghinalah, kononnya tujuan asal uncyclopedia ialah buat artikel lawaklah.

Aku taupun melalui forum di putera.com

Kesimpulannya kalau korang terjumpa website tu untuk buat rujukan janganlah percaya sebarang pun isi di dalamnya.

Ahad, 29 Julai 2007

Icon Story

Lama betul aku tak update....hehehe

Buka link kat bawah ni:-
Icon Story

Kisah perlawanan antara icon dan icon di desktop komputer. Lawaklah...

Ahad, 15 Julai 2007

Browse File Guna Firefox

Kebiasaanya korang akan guna My Computer untuk membuka file-file yang ada di dalam komputer dan membuat aktiviti lain.

Jikalau korang selalu gunakan Firefox dan malas untuk pergi ke My Computer sama ada untuk melihat, mencari atau membuka file dan folder, kan lebih senang jika semuanya dilakukan dalam suatu tempat. Dalam kes ini korang akan buka internet, buka file, buka lagu atau apa saja dilakukan hanya melalui firefox sahaja.

Pertama sekali, download addon IE Tab untuk firefox.
Install dan restart firefox korang.

Masukkan url folder korang ataupun masukkan alamat harddisk korang sama ada C:\ ataupun D:\ ataupun yang lain di adress bar firefox.
Dalam contoh ni aku taip D:\Testing Folder . (taruk D:\ pun dah cukup)

Jangan terkejut jika folder anda berbentuk begini.

Untuk selesaikannya:-
Klik kanan dan pilih View page in IE TAb
Ataupun klik kanan mouse di penjuru sebelah kanan bawah firefox yang terdapat lambang firefox

Dan inilah hasilnya:-


Sekarang korang boleh browse/melayari folder korang dan berbuat apa sahaja seperti di My Computer.

Dan kelebihannya lagi satu ialah korang akan merasai lebih laju untuk melayari file dan folder di firefox berbanding di My Computer.

Untuk memudahkan lagi bookmark lah folder korang.

Nota: Adddon IE TAb ialah sebuah addon untuk firefox yang membolehkan korang melihat sesuatu website tu menerusi pandangan Internet Explorer walaupun dalam Firefox.

Khamis, 12 Julai 2007

Email Korang Senang Di Spam?

Harini aku nak bagitau satu tips yang paling simple untuk mengetahui punca ataupun betapa mudahnya orang nak spam email korang.

Taip di google alamat email korang Contoh search namakorang@yaho.com di google.

Kalau alamat email korang tu keluar dalam carian google maknanya disitulah puncanya mengapa email korang senang dispam oleh software2 yang diprogramkan untuk mencari alamat email secara automatik di internet. Kemudiannya senarai-senarai email itu akan disimpan dalam database seterusnya dijual kepada pihak lain. Pihak yg membeli program/database alamat email itulah yang akan menyepam korang dengan pelbagai produk sehingga sesaklah inbox email korang.

Jika korang terjumpa email korang di carian google maka cubalah keluarkan email korang dari laman web itu. Mintalah pemilik laman web itu membuang nama email korang ataupun usahakanlah sendiri caranya untuk menghilangkan alamat email korang.

Jadi, janganlah dedahkan alamat email korang di mana2 di internet sama ada forum, blog ataupun apa-apa jenis website sekalipun. Alternatifnya ialah taip alamat email dengan cara sebegini:-

emailkorang at yahoo dot com
...ataupun dengan cara lain yg tak menyerupai format alamat email.

Nota : Spam ialah email yang korang terima tapi tak diketahui sebabnya mengapa korang terima.