Sabtu, 30 Disember 2006

Programming - Python Language (Bahasa Pengatucaraan Python)

Aku akan perkenalkan salah satu dari beratus-ratus bahasa programming(pengatucaraan) iaitu Python. Kalau diikutkan, di Malaysia Python memang tidak terkenal sama sekali dibandingkan dengan bahasa-bahasa pengatucaraan yang lain seperti C, C++, C#, Visual Basic, Perl, Pascal dan beberapa yang lain dan buku-buku atau sebarang artikel serta tutorial mengenai Python juga memang tidak ada sama sekali.

Yang paling bestnya tentang Python ialah ia sangat mudah untuk dipelajari dan ditulis serta tidak terlalu sukar difahami jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa pengatucaraan yang lain walaupun korang tidak mempunyai asas dalam bidang pengatucaraan komputer ataupun memang tak tahu kebende satu pun. Lagi satu Python ni adalah bahasa cross-platfom yang bermaksud boleh dijalankan di pelbagai platform komputer seperti Windows, Linux, Macintosh,BSD dan pelbagai lagi serta juga boleh dijalankan di Handphone Series S60, Play Station dan beberapa peralatan lain. Jadi tak kira apa pun sistem operasi komputer korang..korang tetap boleh bermain dengan Python.

Python adalah sejenis bahasa pengatucaraan High Level Language atau peringkat tinggi dan juga sejenis scripting language seperti yang dah diterangkan dalam post aku yang lepas. Ia adalah sebuah program pengatucaraan berasaskan object-oriented programming (OOP) atau dalam Melayunya Pengatucaraan Berorientasikan Objek. Aku akan menerangkan maksud OOP ini di post yang akan datang. Jadi, ia boleh diadaptasi atau digunakan untuk membangukan pelbagai jenis aplikasi komputer seperti web, game, pengkalan data, aplikasi berasaskan desktop(GUI), kerja-kerja saintifik, pengiraan, pembelajaran, untuk networking dan beberapa lagi aplikasi. Korang tengok...bermacam-macam perkara yang boleh dibuat dengan Python. Itupun banyak lagi kemampuan dan kelebihan Python yang aku tak sebutkan.

Kalau tak nak serious pun dalam bidang pengatucaraan korang boleh jadikan Python ni sebagai hobi yang boleh mengasah minda korang untuk berfikir secara mencabar.

Okey..nilah penerangan ringkas yang aku berikan mengenai Pengatucaraan di dalam Python. Kalau korang nak lihat tutorial aku tentang Python boleh lihat kat sini. Tutorial python Untuk Bukan Programer. Tak siap lagi tu..aku terjemahkan dari buku asal di Non-Programer Tutorial For Python.

Lepas ni aku akan sambung lagi mengenai Python di post-post yang akan datang. Aku akan ajar mengenai cara guna Python dan memprogramnya lepas ni...


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Python..macam best je, aku memang minat nak explore

Tanpa Nama berkata...

aku minat Cara kau mengajar tapi pelahanssang at...