Khamis, 28 Disember 2006

Software - Menguruskan File Komputer Yang Di Download Di Internet

Kalau korang ingin mendownload sesuatu file ataupun program computer di internet gunakanlah software Download Accelator Plus. Ia boleh menguruskan sebarang file yang di download ikut sukati korang sama ada nak pause, pilih tempat nak download, menentukan file ini akan di masukkan ke folder mana, file mana yang nak di download dan file mana yang nak diberhentikan download atau pause/berhenti sekejap serta file mana yang nak diteruskan kembali untuk di download.

Lagi satu yang bestnya dia boleh melajukan download internet kerana dia akan mencari sesuatu file yang kita download di serata internet jika file yang kita download tu ada di beberape tempat lain di internet dan akan melakukan download secara serentak di semua tempat yang ada file seperti yang kita mahu dan memecah-mecahkan file itu ke bahagian-bahagian yang kecil.

Jika talian internet kita terputus semasa mendownload, tak perlu risau..... kerana kita boleh sambung download pada bila-bila masa sahaja (jika dia tulis source does not support resume maka kita tak dibenarkan untuk kembali mendownload atau pause jika terputus, kita terpaksalah download dari mula balik....biasanya jarang jadi camtu..).

Installah sekarang...!!!!

Tiada ulasan: