Ahad, 24 Disember 2006

Software - Mozilla Firefox

Mozilla Firefox adalah sejenis bowser internet seperti Internet Explorer. Mozilla Firefox ialah perisian sumber terbuka dan free yang pastinya dibangunkan oleh beratus-ratus pekerja sukarela yang ingin menghasilkan browser yang power, boleh dijalankan di pelbagai Sistem Operasi dan mempunyai paparan yg comel lagi menawan.

Banyak kebaikan dan kelebihan gunakan Firefox ni.
Yang paling bestnya ialah Firefox ni browser yang laju dan dapat buka sesuatu website lebih pantas dari Internet Explorer. Tak percaya...uji sendiri dan lihatlah perbandingannya.
Antara lainnya Firefox ni browser yg selamat kerana mempunyai pelindung keselamatan ketika kita melayari internet. Kalau kita termasuk website yang merbahaya Firefox akan memberitahu kita. Juga ada pop up blocker yang dapat menghalang iklan-iklan yang menyakitkan pandangan mata sajer...
Jika nak bukak banyak website dalam satu2 masa juga tidak akan menjadi masalah kepada kita kerana Firefox mempunyai Tab. Kita hanya bukak tab baru sahaja klau nak bukak website lain. Kita tak perlu lagi buat window(tetingkap) baru jadi, takdalah berserabut paparan komputer kita.

Memang banyak lagi kebaikan dia. Terserlah kepowerannya.....klau korang gunakan Firefox

korang rase macam tak lengkap lagi browser ni ataupun macam ada yg tak best atau mahu 'menghias' Firefox!!??
Korang bolehlah melawat laman web ini Firefox Addon
Frefox Addon ialah tempat untuk korang cari program-program tambahan untuk Firefox korang mengikut kehendak masing-masing. Korang bolehlah pasang di Firefox korang.
Nak tukar paparan Firefox juga boleh dengan pergi ke Themes, klau rasa nak paparan yang korang suka macam sukan, binatang dan entah pape lagilah.

Dapatkanlah sekarang...sementara stok takkan habis.

Tiada ulasan: