Memaparkan catatan dengan label Berita It. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita It. Papar semua catatan

Selasa, 19 Jun 2007

Edit Video Anda Di Youtube

Youtube telah melancarkan suatu sistem viedo editing untuk memudahkan korang mengedit video secara terus di youtube. Ianya menggunakan teknologi Adobe Premier yang terkenal sebagai video editing yang terbest.

Korang boleh edit video dengan menggabungkan video clips, gambar, muzik dengan efek grafik dan....apa lagi yer?err... seperti biasalah yg boleh dilakukan oleh video editing.

mungkin untuk simple2 je....

Pergilah skodeng sekarang ke Youtube Remixer
Aku pun belum guna lagi.

emm..sejak Youtube di ambil alih Google macam2 perkara baru dibuat.

Tengok screenshot kat bawah ni:, klik untuk besarkan gambar:-

Ahad, 17 Jun 2007

Teknologi Baru Youtube - Kesan Hakcipta Video dan Audio

Google akan menggunakan teknologi mengesan hak cipta pada video dan audio di Youtube Teknologi itu yang aku tau ialah membolehkan youtube mengesan mana2 video dan audio yang mempunyai hakcipta. Teknologi itu berasal dari syarikat Audible Magic.

Macamnilah maksudnya... sebelum ni mungkin korang dapat tengok video Siti Nurhaliza daripada VCD-nya yang telah diupload di Youtube. Padahal vcd tu mempunyai hakcipta dan kalau ikut undang2 meletakkan video itu di Youtube memang menjadi kesalahan. Kita mestilah membeli vcd itu dan dilarang sama sekali untuk mencetak atau mengedarkan kepada orang ramai tanpa kebenaran.

Maka selepas ini apabila Youtube menggunakan teknologi itu, korang takkan dapat lagi melihat video Siti Nurhaliza itu....hahahahaa

Aku pun tak tau sangat macam mana teknologi itu berfungsi. Setakat ini Youtube bekerjasama dengan syarikat Warner Music, Sony BMG, and Universal untuk mengesan video dan audio daripada syarikat itu yang diletakkan di Youtube.

Khamis, 14 Jun 2007

Youtube Membuat Perubahan Baru

Aku sedikit terkejut pada harini kerana website video sharing yang terbesar dan terpopular serta terhebat dan juga terbest telah melakukan beberapa perubahan/penambahbaikan pada fungsi websitenya.

Antara perubahan ketara ialah:-

1. Boleh log in dengan menggunakan account GOOGLE!!!
2. Interface website yang sedikit berbeza.
3. Tengok video dengan wajah baru pada page video. Kena klik Try out the NEW (beta) version of this page!

...dan beberapa perubahan kecil.
Kalau nak tahu lagi banyak tengoklah sendiri website Youtube dan godek-godeklah sendiri.

Ok...blah dulu.

Jumaat, 15 Disember 2006

Berita It - Google Lancar Google Patent Search

Semalam, Google melancarkan perkhidmatan barunye........ Google Patent Search.
Patent tu aper..!!??? aku pun tak berape tau gak sbnarnye ni....
Patent tu aku rase agaknye macam hak cipta yg dilindungi undang-undang.. lebih kurang gitulah. Klau kite ade gambar dan kite patent kan die supaye ianye menjadi hak cipta kita. Jadi takde sesapelah boleh tiru gambar tu ataupun kata gambar tu dia punye atau dia yg buat pasal kita dah patent kan dia dan kitalah pemilik lesen patent itu. Klau ada sesape yg menipu bolehlah kita saman dia pasal karya kite dilindungi undang-undaaanng.....

Disinilah fungsi Google Patent Search
kite boleh mencari pemilik sesuatu patent tu...kite juga dapat melihat hasil kejer diorang dan nombor lesen patent diorang. Aku rase cume patent yg didaftarkan kat US jer boleh cari kat situ..negare lain takde. Sekarang kira2 ade lebih kurang 7 juta patent yg ade di Google Patent.

cara mencari plak..korang boleh tulis ape2 jer yg korang nak macam car. Nanti kluarlah patent yg ade kene mengener ngan kereta mcm lukisan kereta. Lagi satu korang boleh cari secara detail melalui cara By Patent Details, By Classification, By Date, Additional Operators. Nak lebih detail tentang Google Patent korang tengok kat sini About Google Patent Search.

Selasa, 12 Disember 2006

Berita it - Microsoft Lancar Perisian Bangun Laman Web

berta ni aku jumpe kat bharian. Berita asal. Antara isi2 pentingnye.........

MICROSOFT (Malaysia) Sdn Bhd melancarkan perisian Microsoft Expression Web di bawah jenama Microsoft Expression Studio yang berfungsi memudahkan kerjasama antara pereka dengan pembangun laman web.

INFO
Produk di bawah jenama Microsoft Expression Studio:

# Microsoft Expression Web (dalam RM1,100)
Fungsi: Perkakasan membina laman web

# Microsoft Expression Design
Fungsi: Perkakasan membina grafik web

# Microsoft Expression Blend
Fungsi: Perkakasan membina grafik interaktif web

# Microsoft Expression Media
Fungsi: Perkakasan untuk pengurusan aset secara digital, mengekod video dan penerbitan

Kelebihan Microsoft Expression Web:

# Meningkatkan kerjasama pereka dan pembangun laman web
# Disokong kod piawai HTML, XHTML, CSS dan XML
# Menjimatkan masa pereka dan pembangun laman web
# Menghasilkan reka laman web interaktif pada masa yang singkat
# Disokong semua jenis pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla dan Netscape

bunyi cam canggih ajer..............tapi tengok hargelah. sendiri mau ingat woooo.....!!!!!