Isnin, 18 Disember 2006

Kenali Komputer - Apa itu registry ?

Dalam episod belajar it kali ini, aku akan ceritakan apa itu maksud registry. Kerana dulu aku ada bagitau yg aku nak bagi tau maksud registry.

okey...mula sekali..klau korang nak tengok camner rupanyer registry itu...ikut step ni:-

  1. Tekan button Start kat computer korang
  2. Pergi kat Run
  3. Type Regedit (regedit ialah alatan untuk edit atau ubahsuai registry)
siap....!!! kat situlah rupa registry.

Maksud registry secara ringkasnyer ialah tempat simpanan data, setting dan maklumat computer kite seperti maklumat pengguna, software yg diinstall, hardware, dan bermacam-macam maklumat atau setting untuk membolehkan computer Windows korang berfungsi.

Penerangan Tentang Jenis Folder di Registry

HKEY_CURRENT_USER = > Mengandungi maklumat pengguna yg tengah guna computer.

HKEY_USERS = > Mengandungi maklumat setiap pengguna yg menggunakan computer tu....

HKEY_LOCAL_MACHINE = > Menyimpan setting untuk hardware, sistem operasi Windows kita dan software atau aplikasi yg diinstall.

HKEY_CLASSES_ROOT = > Mempunyai maklumat untuk file extension (jenis program utk membuka sesuatu file), dan OLE object (aku pun tak tau).

Itulah secara ringkasnyer aku nak bagitau tentang registry. Klau nakcerita lebih detail memang panjang.


Tiada ulasan: