Isnin, 1 Januari 2007

Programming - Object Oriented Programming (Pengatucaraan Berorientasikan Objek)

Seperti yang dijanjikan, aku akan memberi maksud atau definisi tentang Object Oriented Programming (Pengatucaraan Berorientasikan Objek) secara ringkas dan mudah difahami. Aku akan tulis Object Oriented Programming ni sebagai OOP.

Banyak bahasa pengatucaraan menggunakan konsep OOP dalam menulis program seperti Python, Java, JavaScript, C#, C++, PHP dan beberapa yang lain. Tak kira korang belajar bahasa apapun tapi masih menggunakan konsep penulisan program berasaskan OOP , korang akan paham jugak apa yang aku nak tuliskan ni...

Di dalam OOP setiap objek adalah penting untuk menerima arahan dan menghantar arahan kepada objek2 yang lain. Kita mendefinasikan object dengan class. Dengan class kita mesti tentukan perbuatan dan sifat-sifat yang dimiliki sesuatu object.

Class ialah semua jenis perkara mengenai object itu.
Contoh:- class basikal mesti terdiri dari sifat-sifat yang ada pada sebuah basikal (handle, tayar, body dan sebagainya)

Object ialah suatu perkara kepada sesuatu class itu.
Contoh:- Class basikal mempunyai semua perkara mengenai basikal itu. Bagi object BasikalBMX pula mempunyai sifat-sifat ( attributes atau properties) yang tertentu sahaja dan juga memiliki semua sifat yang ada pada class basikal. Semua objek class basikal mempunyai brek depan dan belakang BasikalBMX pula mempunyai tiga brek.

Kaedah(Method) ialah cara sesuatu objeck tu bekerja
Contoh:- Basikal boleh bergerak laju. Maka bergerak adalah salah satu method bagi BasikalBMX dan object yang lain dalam class basikal. Tetapi, BasikalBMX mempunyai method yang lain seperti melompat. Satu method hanya boleh digunakan pada satu objek didalam sebuah class.

Sebagai contoh kepada semua ini:-

katakan kita ada class iaitu basikal. Setiap object dalam class basikal mesti mempunyai sifat(attributes atau properties) tayar, brek, handle dan memiliki kaedah (method) bergerak laju. Tetapi bagi object BasikalBMX, dia mempunyai kaedah yang lain iaitu sebagai contoh kita arahkan dia gerak laju dan lompat tinggi.


Kalau ada salah silap aku mintak maap....bagitaulah aku. Ni lah apa yang aku tau mengenai OOP. Mungkin aku akan ubah kalau terdapat perkara yang tak betul lain kali.

Tiada ulasan: