Sabtu, 26 Mei 2007

Pelaburan vs Perniagaan



Baru-baru ni sebuah forum iaitu wangcyber dan juga beberapa forum lain telah dishaki menawarkan aktiviti pelaburan skim cepat kaya internet di UTUSAN . Terkejut beruk aku..... aku selalu gak gi wangcyber tapi forum tu memang sangat membenci pelaburan haram dan menentang habis-habisan pelaburan sebegitu.

Tetiba pihak Pusat Keselamatan Siber Malaysia mengeshaki wangcyber secara sebaliknya. Adakah mereka buta it...??? Sebuah badan besar it negara tu..jangan memain. Buat malu jer..

Okey...biarlah kejadian tu berlalu. Lagipun bukan mereka mendakwa secara "sudah confirm".

Yang aku nak citer kali ni mengenai pelaburan dan perniagaan di internet. Seperti semua tahu..pelaburan di internet memanglah haram tapi yang malang sekali ada yang tak reti membezakan antara perniagaan dengan menjadikan internet sebagai mediumnya dengan pelaburan yang dilakukan menerusi internet secara goyang kaki duit masuk.

Okey... kalau korang mahu penerangan secara jelas lagi terang mengenai perbezaan kedua-dua istilah itu kliklah gambar di atas.

Artikel itu juga menerangkan tentang pelbagai perniagaan di internet yang ada untuk diceburi.

Tiada ulasan: