Selasa, 5 Jun 2007

Melajukan Start Menu

Aku akan ajar cara nak lajukan start menu di Windows Xp korang.
Aku tak bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku pada komputer korang.

Jadi, sila pastikan ikut dengan betul arahan yang aku bagi.

Klik butang Start pilih Run. Taip regedit. klik ok.


Lepastu akan keluar registry Editor. Apa yang perlu dibuat ialah Klik pada folder HKEY_CURRENT_USER. Lihat gambar dibawah:-



Pilih folder Control Panel dan pilih folder Desktop. Lihat gambar:-



Selepas klik folder desktop, tetingkap sebelah kanan akan memaparkan pelbagai perkataan. Pilih MenuShowDelay dan klik dua kali dan akan terpapar satu tetingkap Edit String. Gantikan nombor yang ada kepada 0 (kosong).






Klik ok dan tutup semua tetingkap. Restart komputer korang. Korang akan mendapati Start Menu akan jadi lebih laju...woowwww!!!

Tiada ulasan: