Isnin, 4 Jun 2007

Jom Bermain Dengan Python. Bhg.1

Haii...
Assalamualaikum semua...

Harini dan mungkin seterusnya aku akan buat post pasal bermain dengan python. Walaupun ada tutorial yang aku dah terjemahkan tapi aku rasa nak buat ikut caraku sendirilah.

Mula-mula download IDE Python yang best kat ActivePython. Pastu install.
Pengguna Linux dan Os lain pandai-pandailah cari kat sini.

Buka Pythonwin Ide di start menu atau mana2 shortcut.

ok....Di sebelah tanda >>> taip print"saya boleh" dan tekan enter. Lihat.!! huhuhu...

Okey kita bermain skit dengan math.
print 2+2*8-1

#operasi math seperti ini tak perlukan tanda " " , hanya jika mahukan ia papar nombor sama tanpa sebarang operasi dilakukan seperti:-

print "2+2*8-1"
#lihat... ia paparkan kembali apa yang kita tulis. jika tanda " " diletakkan.

Lagi contoh:-
print "2+2 sama dengan", 3+1
# klau nak buat sebarang operasi lain selepas " " letakkan tanda ,

Enam operasi math asas python:-


Okey...korang boleh lah main sendiri dengan python seperti meletakkan operasi math yg lain. Klau korang tak paham dengan apa yang aku tulis senang jer..korang cuma buat sendiri, ubah skit-skit. Try and Error.

Tiada ulasan: