Ahad, 17 Jun 2007

Teknologi Baru Youtube - Kesan Hakcipta Video dan Audio

Google akan menggunakan teknologi mengesan hak cipta pada video dan audio di Youtube Teknologi itu yang aku tau ialah membolehkan youtube mengesan mana2 video dan audio yang mempunyai hakcipta. Teknologi itu berasal dari syarikat Audible Magic.

Macamnilah maksudnya... sebelum ni mungkin korang dapat tengok video Siti Nurhaliza daripada VCD-nya yang telah diupload di Youtube. Padahal vcd tu mempunyai hakcipta dan kalau ikut undang2 meletakkan video itu di Youtube memang menjadi kesalahan. Kita mestilah membeli vcd itu dan dilarang sama sekali untuk mencetak atau mengedarkan kepada orang ramai tanpa kebenaran.

Maka selepas ini apabila Youtube menggunakan teknologi itu, korang takkan dapat lagi melihat video Siti Nurhaliza itu....hahahahaa

Aku pun tak tau sangat macam mana teknologi itu berfungsi. Setakat ini Youtube bekerjasama dengan syarikat Warner Music, Sony BMG, and Universal untuk mengesan video dan audio daripada syarikat itu yang diletakkan di Youtube.

Tiada ulasan: