Memaparkan catatan dengan label Kenali Komputer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenali Komputer. Papar semua catatan

Ahad, 3 Jun 2007

Media Center Percuma

Kepada yang tak tau apa itu media center. Media center secara yang aku paham (yg aku paham sorangler..) ialah tv yang diadaptasi untuk bermain muzik, tonton tv, tengok gambar, surf internet dan pelbagai perkara yang korang terpikir untuk kegunaan seisi keluarga. Baca Sini Untuk Kefahaman Lebih.

Fungsi dia cam tv yang berupaya seperti komputerlah lebih kurang dan boleh dikawal pakai remote.





Tapi tak sangka lak ada sistem operasi (os) media center yang free. Aku tau lepas baca topik cikgureza di forum putera. Sini. Os Media Center yang free ni guna Linux.

Tapi sebelum tu aku tunjukkan media center yang popular dan berbayar. Ni haa...
Windows XP Media Center Edition 2005

Tapi korang percaya tak media center yang fungsinya memang canggih tu boleh didapatkan secara percuma. Ni aku senaraikan website Media Center yang boleh dimiliki secara percuma:-

1. Freevo
2. Elisa
3. GeeXbox
4. Media Portal
5. MythTv
6. LinuxMCE
7. My Media System

mungkin ada lagi kot..

Betulkanlah aku klau ada tersilap. Aku bukannya tau sangat pun pasal Media Center.
Siapa yang nak guna tu mestilah ada duit sikit untuk membeli peralatannya jika belum ada.
Pastu guna jelah Media Center yang free untuk jimat kos.

Selasa, 19 Disember 2006

Kenali Komputer - Apa itu defrag?

Dulu aku cakap nak bagitau tentang maksud defrag. Ni aku nak bagitau la ni....

Sebelum kita mengenali defrag kita mesti tau apa itu framented file? Fregmented file ialah file yg sudah berpecah dan berterabur di dalam hard disk kita. Ini akan melembabkan computer kita untuk membuka file yg telah berpecah itu. File tersebut menjadi begitu setiap kali kita membuat file baru dan membuang pelbagai jenis file secara banyak kali atau kita install atau uninstall sesuatu program secara kerap. Walaupun ianya bukanlah satu kerosakan cuma menyebabkan kelembapan untuk komputer kita mencari file itu dan membukanya.

Defrag ialah sesuatu program yg lebih kurang boleh menyambungkan semula file yg telah berpecah. Dan seterusnya komputer kita akan menjadi lebih laju pasal memudahkan computer kita untuk mencari dan membuka sesuatu file itu.

Software Defrag hard disk yg bagus dan free........Auslogics Disk Defrag

inilah penerangan yg ringkas tentang defrag hard disk.........

Isnin, 18 Disember 2006

Kenali Komputer - Apa itu registry ?

Dalam episod belajar it kali ini, aku akan ceritakan apa itu maksud registry. Kerana dulu aku ada bagitau yg aku nak bagi tau maksud registry.

okey...mula sekali..klau korang nak tengok camner rupanyer registry itu...ikut step ni:-

  1. Tekan button Start kat computer korang
  2. Pergi kat Run
  3. Type Regedit (regedit ialah alatan untuk edit atau ubahsuai registry)
siap....!!! kat situlah rupa registry.

Maksud registry secara ringkasnyer ialah tempat simpanan data, setting dan maklumat computer kite seperti maklumat pengguna, software yg diinstall, hardware, dan bermacam-macam maklumat atau setting untuk membolehkan computer Windows korang berfungsi.

Penerangan Tentang Jenis Folder di Registry

HKEY_CURRENT_USER = > Mengandungi maklumat pengguna yg tengah guna computer.

HKEY_USERS = > Mengandungi maklumat setiap pengguna yg menggunakan computer tu....

HKEY_LOCAL_MACHINE = > Menyimpan setting untuk hardware, sistem operasi Windows kita dan software atau aplikasi yg diinstall.

HKEY_CLASSES_ROOT = > Mempunyai maklumat untuk file extension (jenis program utk membuka sesuatu file), dan OLE object (aku pun tak tau).

Itulah secara ringkasnyer aku nak bagitau tentang registry. Klau nakcerita lebih detail memang panjang.


Jumaat, 15 Disember 2006

Kenali Komputer - Apa itu Internet?

Apa itu Internet?????????
Internet ialah satu rangkaian komputer yg sangat besar dan dihubungkan ke seluruh dunia melalui protokol Tcp/ip atau packet switching communication protocol (aku pun tak tau).

urutan cara bagaimana komputer kite dihubungkan ke internet:-

  1. Kite akan menghubungi ISP yg kite langgan macam TMNet melalui modem. Modem tu akan hantar signal yg diberikan komputer kite ke ISP Internet Service Provider(Penyedia Perkhidmatan Internet) melalui wayar telepon.
  2. daripada ISP kite akan dibawa terus ke...dunia internet. Data2 daripada website yg kite hendak kunjungi akan di download(muat turun/masuk dalam komputer kite) ke dalam komputer kite. Website yg kite bukak adalah datangnye daripada komputer lain yg terletak di berbagai-bagai ceruk dunia. Terdapat berjuta-juta komputer yg meletakkan berbagai website seperti yahoo.com atau google.com.
  3. Kite membuka website melalui browser internet seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox, Netscape, Opera dan banyak lagi...browser inilah yang akan terjemahkan data yg kite terima dari internet kepade teks, gambar, video dan lain2 lagila...
okey..ni jelah yg dapat aku bagi tau secara asasnye bagaimana internet itu berfungsi.......

Ahad, 10 Disember 2006

Kenali Komputer - Sistem Operasi

sistem operasi atau OS ialah sistem yg mengawal semua operasi komputer dan arahan . klau takde OS make tak bergeraklah sesuatu komputer itu....habis citer.
contohnye macam Windows XP, Linux, Mac dan ade mcm2 lagiklah.

Khamis, 7 Disember 2006

Kenali Komputer - Unit Ukuran

Ok, skarang kite akan mengenali camane komputer menyimpan ingatan ke dalam kepale hotak dia. korang biase kan tengok size file, biasenye dlm KiloByte(KB) dan Megabait (MB) atau Gigabyte(GB).

unit ukuran terkecil ialah bit. Bit ni nombor penduaan yg diwakili oleh nilai 0 dan 1
1 bait = 8 bit
1 kilobait = 1024 bit
1 Megabyte = 124 kilobait
1 Gigabyte = 1024 Megabyte.

Ginilah rupenye sesebuah komputer menyimpan maklumat dlm komputer. Komputer hanye mengenali nombor 0 dan 1 sahaje. Rupeyne komputer ni lagi bodoh dari korang. die cume kenal nombor 0 dan 1.

Rabu, 6 Disember 2006

Kenali komputer - Storan

Pade hari ni kite akan blajar pulak apa itu STORAN.

Storan Primer
Otak komputer yg digunakan utk simpan arahan/maklumat yg akan,sedang atau sudah diproses utk sementare ajer....ia juga terkenal dgn name RAM-Random Acces Memory atau dlm Melayu Ingatan Capaian Rawak.
Arahan/maklumat yg disimpan didlmnye akan hilang apabila komputer ditutup atau kene blackout.

Storan Skunder
ini pulak tempat simpanan maklumat yg kekal dan boleh digunakan kembali apabila ianye diperlukan oleh manusia yg memerlukannye.
Contoh storan skunder = Disket, CD, Hard Disk.

harap semua boleh paham.

Ahad, 3 Disember 2006

Kenali Komputer - Komputer Berfungsi

Okey, kite mulakan dgn cara2 sesebuah komputer itu berfungsi.sesebuah komputer boleh menerima data, memproses data, menyimpan data dan lepastu dia akan hasilkan output.

input ialah arahan yg diberikan kpd komputer itu. contoh peralatan = keyboard, tetikus.
proses ialah alatan yg memproses sesuatu arahan drpd input utk dihantar hasilnya kpd output contoh = CPU.
output pulak data yg telah diproses dan menjadi seperti teks, video, grafig dan lain2.
contoh = printer, monitor.
okey samapai disini sajelah.