Memaparkan catatan dengan label Internet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Internet. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Jun 2007

Mengembara ke Planet Marikh

Siapa nak pergi planet marikh angkat keyboard...???

Tentu ramai yang teringin atau sekurang-kurangnya sipi-sipi keinginan untuk landing di planet marikh. Misi ke planet marikh memanglah hampir mustahil untuk dilakukan. Tapi, dalam Astro dulu aku tengok dah ada banyak geng yang sedang berusaha dan memikirkan cara bagaimanakah nak bagi manusia mengembara ke planet marikh dengan jayanya.

Bermacam-macam cadangan diberi malahan ada yang sedang diuji pada masa sekarang beberapa cadangan itu. Bayangkanlah..bekalan makanan nak letak mana kan.

Tapi, buat apa nak fikir benda-benda gini.. sebenarnya kini, semua orang boleh mengembara ke planet marikh. ha...ni yang aku nak bagitau. Kita hanya perlukan internet sahaja.

Klik link di bawah untuk mengembara ke planet marikh:-
Google Mars

Pandai-pandailah korang kawal alatan control kat site tu. Malas aku nak ajar.
Sebelum tu, pastikan korang mempunyai talian internet yang laju.

Kalau tak mampu nak buka website tu tengok jelah screenshot website tu di bawah. Klik untuk besarkan gambar:-

Selasa, 3 April 2007

Komputer Dalam Internet???

Mesti korang pelikkan dengan tajuk kali ini. Komputer di dalam internet????

Adakah korang mahu komputer korang boleh dibuka di mana2 sahaja..???

Segala fail dalam komputer tu pun boleh dibuka tak kira di mana pun korang berada asalkan ada kemudahan internet.

Mempunyai kemudahan game, email, Internet Messanger, ruang simpanan fail, music player, kemudahan untuk mengubah desktop komputer tu seperti yang ada pada komputer biasa dan pelbagai lagi kemudahan seperti yang ada pada komputer biasa dengan percuma.

Ni aku tunjukkan sedikit screenshot. Click kat gambar tu untuk besarkannya.


Teringin nak guna??

Daftarlah di sini:- Goowy

Khamis, 28 Disember 2006

Software - Menguruskan File Komputer Yang Di Download Di Internet

Kalau korang ingin mendownload sesuatu file ataupun program computer di internet gunakanlah software Download Accelator Plus. Ia boleh menguruskan sebarang file yang di download ikut sukati korang sama ada nak pause, pilih tempat nak download, menentukan file ini akan di masukkan ke folder mana, file mana yang nak di download dan file mana yang nak diberhentikan download atau pause/berhenti sekejap serta file mana yang nak diteruskan kembali untuk di download.

Lagi satu yang bestnya dia boleh melajukan download internet kerana dia akan mencari sesuatu file yang kita download di serata internet jika file yang kita download tu ada di beberape tempat lain di internet dan akan melakukan download secara serentak di semua tempat yang ada file seperti yang kita mahu dan memecah-mecahkan file itu ke bahagian-bahagian yang kecil.

Jika talian internet kita terputus semasa mendownload, tak perlu risau..... kerana kita boleh sambung download pada bila-bila masa sahaja (jika dia tulis source does not support resume maka kita tak dibenarkan untuk kembali mendownload atau pause jika terputus, kita terpaksalah download dari mula balik....biasanya jarang jadi camtu..).

Installah sekarang...!!!!

Sabtu, 23 Disember 2006

Internet - Apa itu E-Mail?

E-Mail ialah Electronic Mail ataupun dalam melayunya Mel Elektronik ataupun surat elektrik....jangan terkena kejutan sudah..!!!....

Aku akan ceritakan secara asasnya apa itu E-Mail.
E-Mail ialah secara asasnya kita boleh menghantar pesanan melalui komputer ke komputer yang lain. E-mail menghantar pesanan dan juga boleh menghantar file melalui komputer dan masuk ke jaringan internet seterusnya akan sampai ke satu komputer yang lagi satu.

E-Mail ini kan disimpan oleh Penyedia perhidmatan E-Mail di komputer mereka seperti Yahoo dan Hotmail. Kita boleh membukanya dan menguruskan kesemua E-mail kita melalui internet. Tapi pastikan kena ada dahulu alamat E-mail.

Jumaat, 15 Disember 2006

Kenali Komputer - Apa itu Internet?

Apa itu Internet?????????
Internet ialah satu rangkaian komputer yg sangat besar dan dihubungkan ke seluruh dunia melalui protokol Tcp/ip atau packet switching communication protocol (aku pun tak tau).

urutan cara bagaimana komputer kite dihubungkan ke internet:-

  1. Kite akan menghubungi ISP yg kite langgan macam TMNet melalui modem. Modem tu akan hantar signal yg diberikan komputer kite ke ISP Internet Service Provider(Penyedia Perkhidmatan Internet) melalui wayar telepon.
  2. daripada ISP kite akan dibawa terus ke...dunia internet. Data2 daripada website yg kite hendak kunjungi akan di download(muat turun/masuk dalam komputer kite) ke dalam komputer kite. Website yg kite bukak adalah datangnye daripada komputer lain yg terletak di berbagai-bagai ceruk dunia. Terdapat berjuta-juta komputer yg meletakkan berbagai website seperti yahoo.com atau google.com.
  3. Kite membuka website melalui browser internet seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox, Netscape, Opera dan banyak lagi...browser inilah yang akan terjemahkan data yg kite terima dari internet kepade teks, gambar, video dan lain2 lagila...
okey..ni jelah yg dapat aku bagi tau secara asasnye bagaimana internet itu berfungsi.......