Memaparkan catatan dengan label Keselamatan Komputer. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keselamatan Komputer. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Jun 2007

Betapa Bestnya Tak Pakai Anti Virus

Ni aku nak cerita kenapa korang tak perlukan anti virus.

Dalam beberapa hari ni aku dah cuba disablekan anti virus ku AVG Free...
Komputer aku bertambah laju dan sangat lancar.

Tak berisiko ker?
Apa yg korang nak takut sangat. Klau ada benda terjadi korang mesti dapat perasan punya. Komputer bertambah lembab, hang, mungkin ada alert yg mengarut. Pastu kena scan lama....

Ataupun selagi file virus tu tak diusik (diklik), maka komputer korang masih dalam keadaan selamat. Senang jer nak kenal. Kalau ada file pelik dlm komputer korang berformat exe(biasanya). Waktu tulah baru korang scan pakai anti virus.

Aku tengok apa yg av boleh sangat buat. Kadang-kadang bukan real protection dia boleh buat. Lagi baik aku pakai Hijackthis. hijackthis ni berfunfsi mengesan sesuatu makhluk asing di dalam komputer. Cuma pakar jer yg reti guna..hehehe

Lagipun klau korang rasa website yg korang lawat tu tak selamat senang jer.. buang cache, cookies kat browser.

Banyak lagi tips nak bagi klau tak nak pakai anti virus..tapi terlupa plak seperti pada waktu bila anti virus diperlukan.
Bagiku anti virus hanya melembabkan komputer.

Ni cuma pandangan aku...
Aku tak bertanggungjawab ke atas komputer sesiapa yang meniru cara ku.

Selasa, 2 Januari 2007

Keselamatan Komputer - Pastikan Komputer Anda Selamat

Jadikan komputer korang selamat dengan hanya beberapa cara yang mudah saja. Klik-klik siap....
Dengan menggunakan beberapa software tertentu korang sudah dapat mengelak daripada serangan-serangan virus, spyware,adware, trojan dan yang seangkatan dengannya kerana ia boleh merosakkan komputer korang dan juga boleh menyebabkan korang kehilangan sebarang file-file penting dalam komputer korang. Kesemua benda ini dicipta oleh programmer atau pengatucara komputer yang tak beradab. Ada ilmu tinggi-tinggi buat kerja jahat . Mudah jer..

Mula-mula:-
1. Download Anti Virus AVGFreeEdition
Kemudian install kannya di komputer korang.
Ia mampu mengesan dan membunuh virus dengan pantas. Serta software ini sangat ringan.
Pastikan ianya di update tiap-tiap hari. Tekan button update dan korang boleh terus update. Pastikan scan dalam seminggu sekali komputer korang

2. Download Spybot Search And Destroy
Kemudian install lah...apa lagi
Software ni gunanya untuk mengesan sebarang spyware, adware, hijackers dan lain-lain malicious software seleps itu ia akan terus membunuhnya.
Update lah software ni dalam sebulan sekali atau seminggu sekali.
Lakukan scan dalam seminggu sekali.

Tengok...dengan hanya dua software ini korang dapat mencegah komputer korang dari sebarang tetamu yang tak di undang. Yang pentingnya..semuanya hanyalah free.