Memaparkan catatan dengan label Software. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Software. Papar semua catatan

Rabu, 27 Jun 2007

Komputer Fizik

Aku ada jumpa video di youtube mengenai sebuah komputer yang sangat canggih untuk kegunaan fizik.

Kita lukis di skrin dan gambar di skrin akan bertindak mengikut hukum fizik.
Susahlah nak terangkan. Tengoklah sendiri videonya di bawah ini:-




Memang susah untuk dipercayai.

Selasa, 2 Januari 2007

Keselamatan Komputer - Pastikan Komputer Anda Selamat

Jadikan komputer korang selamat dengan hanya beberapa cara yang mudah saja. Klik-klik siap....
Dengan menggunakan beberapa software tertentu korang sudah dapat mengelak daripada serangan-serangan virus, spyware,adware, trojan dan yang seangkatan dengannya kerana ia boleh merosakkan komputer korang dan juga boleh menyebabkan korang kehilangan sebarang file-file penting dalam komputer korang. Kesemua benda ini dicipta oleh programmer atau pengatucara komputer yang tak beradab. Ada ilmu tinggi-tinggi buat kerja jahat . Mudah jer..

Mula-mula:-
1. Download Anti Virus AVGFreeEdition
Kemudian install kannya di komputer korang.
Ia mampu mengesan dan membunuh virus dengan pantas. Serta software ini sangat ringan.
Pastikan ianya di update tiap-tiap hari. Tekan button update dan korang boleh terus update. Pastikan scan dalam seminggu sekali komputer korang

2. Download Spybot Search And Destroy
Kemudian install lah...apa lagi
Software ni gunanya untuk mengesan sebarang spyware, adware, hijackers dan lain-lain malicious software seleps itu ia akan terus membunuhnya.
Update lah software ni dalam sebulan sekali atau seminggu sekali.
Lakukan scan dalam seminggu sekali.

Tengok...dengan hanya dua software ini korang dapat mencegah komputer korang dari sebarang tetamu yang tak di undang. Yang pentingnya..semuanya hanyalah free.

Jumaat, 29 Disember 2006

Software - Mendownload Video Dari Youtube, Google Video dan Yang Seumpama Dengannya

Korang tak teringin ke nak mendownload video dari Youtube, Google Video atau seumpama dengannya. Walaupun memang diketahui website-website seperti itu tidak dibenarkan untuk kita mendownload video tetapi sekarang sudah ada cara senang nak download video dari situ.

Ada beberapa cara sebenarnya...tapi aku ajar yang paling senang sekali. Hanya berfungsi pada browser internet Mozilla Firefox sahaja. Download dan Install lah sekarang. Dengan Internet Explorer pun boleh juga cuma cara dia lebih sukar sedikit dan melecehkan serta membuang masa sahaja....

Gunakan VideoDownloader dan install di browser Mozilla Firefox korang. Lepas install tutup browser Firefox tu dan buka balik. Nanti ada satu icon kecil di sebelah kanan bawah sekali. Bila dah masuk website yang ada video seperti youtube klik ajelah icon tu dan akan terpapar satu window. Kat dalam tu korang klik ajelah gambar button tu...ataupun baca arahan kat situ.

kan senang.....

Khamis, 28 Disember 2006

Software - Menguruskan File Komputer Yang Di Download Di Internet

Kalau korang ingin mendownload sesuatu file ataupun program computer di internet gunakanlah software Download Accelator Plus. Ia boleh menguruskan sebarang file yang di download ikut sukati korang sama ada nak pause, pilih tempat nak download, menentukan file ini akan di masukkan ke folder mana, file mana yang nak di download dan file mana yang nak diberhentikan download atau pause/berhenti sekejap serta file mana yang nak diteruskan kembali untuk di download.

Lagi satu yang bestnya dia boleh melajukan download internet kerana dia akan mencari sesuatu file yang kita download di serata internet jika file yang kita download tu ada di beberape tempat lain di internet dan akan melakukan download secara serentak di semua tempat yang ada file seperti yang kita mahu dan memecah-mecahkan file itu ke bahagian-bahagian yang kecil.

Jika talian internet kita terputus semasa mendownload, tak perlu risau..... kerana kita boleh sambung download pada bila-bila masa sahaja (jika dia tulis source does not support resume maka kita tak dibenarkan untuk kembali mendownload atau pause jika terputus, kita terpaksalah download dari mula balik....biasanya jarang jadi camtu..).

Installah sekarang...!!!!

Selasa, 26 Disember 2006

Software - Pemampat File

Adakah Hard Disk korang dipenuhi dengan banyak file hinggakan size hard disk pun bertambah kecil dan sempit. Gunakanlah pemampat file yang akan memampatkan sesuatu file korang higga sizenya menjadi lebih kecik...

Aku syorkan korang guna 7-Zip. Aku memang tak galakkan korang guna pemampat atau compressed software jenis lain kat komputer korang kerana 7-Zip terbukti memang bagus dan boleh memampatkan sesuatu file menjadi lebih kecil size nya dari pesaingnya. Yang paling bestnya 7-Zip adalah FREE tau percuma dalam melayunya. Daripada korang susah-susah dapatkan pemampat yang berbayar dan kurang mampatannya dari 7-Zip buat hape...!!!??

Gunakanlah 7-Zip skarang jugak....
Download sini...7-Zip.exe

Ahad, 24 Disember 2006

Software - Mozilla Firefox

Mozilla Firefox adalah sejenis bowser internet seperti Internet Explorer. Mozilla Firefox ialah perisian sumber terbuka dan free yang pastinya dibangunkan oleh beratus-ratus pekerja sukarela yang ingin menghasilkan browser yang power, boleh dijalankan di pelbagai Sistem Operasi dan mempunyai paparan yg comel lagi menawan.

Banyak kebaikan dan kelebihan gunakan Firefox ni.
Yang paling bestnya ialah Firefox ni browser yang laju dan dapat buka sesuatu website lebih pantas dari Internet Explorer. Tak percaya...uji sendiri dan lihatlah perbandingannya.
Antara lainnya Firefox ni browser yg selamat kerana mempunyai pelindung keselamatan ketika kita melayari internet. Kalau kita termasuk website yang merbahaya Firefox akan memberitahu kita. Juga ada pop up blocker yang dapat menghalang iklan-iklan yang menyakitkan pandangan mata sajer...
Jika nak bukak banyak website dalam satu2 masa juga tidak akan menjadi masalah kepada kita kerana Firefox mempunyai Tab. Kita hanya bukak tab baru sahaja klau nak bukak website lain. Kita tak perlu lagi buat window(tetingkap) baru jadi, takdalah berserabut paparan komputer kita.

Memang banyak lagi kebaikan dia. Terserlah kepowerannya.....klau korang gunakan Firefox

korang rase macam tak lengkap lagi browser ni ataupun macam ada yg tak best atau mahu 'menghias' Firefox!!??
Korang bolehlah melawat laman web ini Firefox Addon
Frefox Addon ialah tempat untuk korang cari program-program tambahan untuk Firefox korang mengikut kehendak masing-masing. Korang bolehlah pasang di Firefox korang.
Nak tukar paparan Firefox juga boleh dengan pergi ke Themes, klau rasa nak paparan yang korang suka macam sukan, binatang dan entah pape lagilah.

Dapatkanlah sekarang...sementara stok takkan habis.

Ahad, 17 Disember 2006

Software - Meningkatkan Prestasi Komputer

kali ni, aku nak bagi tahu korang beberape software yg dapat maintain dan meningkatkan prestasi komputer korang tanpa perlu bersusah payah. Dan semua software ini adalah free......boleh di download di internet dgn percuma.

  1. CCleaner - Mebersihkan komputer dan membuatkan computer menjadi lebih ringan
  2. Abexo - Mebuang serta menyuci registry computer yg rosak dan tidak sah serta yg tidak boleh digunakan lagi. Computer akan menjadi lebih laju. Registry tu ape!!??nanti aku cerita di lain episod.
  3. Free Registry Defrag - Bende ni akan defrag registry kite dgn cara membuang ruang2 kosong di registry yg dihasilkan setiap kali computer Widows kite melakukan proses di registry. Proses yg dilakukan Windows ni antaranye melibatkan pembuangan dan penambahan registry seperti kite install sesuatu software atau unninstal. and then...computer kite juger akan bertambah laju......defrag tu aper??? aku ceritakan lain kalilah.
  4. Auslogics Disk Defrag - ni adelah software defrag hard disk. Walaupun dalam computer Windows memang dah ade Disk Defragmenter...tapi bende ni dapat defrag lagi laju daripada yg memang dah ade dalam computer kite...software ni akan defrag hard disk kite dan akan menunjukkan report kepade kite berapa file yg di defrag dan bearapa peratus kelajuan komputer yg bertambah selepas di defrag. Apakah fungsi defrag hard disk ni? seperti yg aku cakap..aku akan ceritakan dilain kali....
  5. Optimizer XP - software ni mungkin dapat melajukan sedikit computer dan internet. mudah digunakan. cuma klik dan bace arahan die...
Nak surf internet dgn lancar dan lebih laju dari Internet Explorer. Gunalah Mozilla Firefox. Korang kliklah kat gambar sebelah kiri tu yg tulis Browse The Web Faster Get Firefox With Google Toolbar. lepastu download.

okey...korang installah semua software diatas dan gunakan software lebih kurang sekali seminggu. Buat ikut urutan dari nombor satu hingga lima. Korang akan rase komputer korang lebih laju, ringan, stabil dan lancar.

Selasa, 12 Disember 2006

Software - Google Earth

sape nak pergi angkase...??!! sudah tentu semua orang akan jawab "Yaaaaa.. aku nak pegiii." klau sape jawab tak nak tu kire tipulahtu....

Aku ade jawapan yg paling senang utk jawab masalah ni.
Jawapannye ialah................. Google Earth.

Apa itu Google Earth....!!!????? planet baru ker.....
tak. Google Earth ialah software yg membolehkan kite untuk melihat Bumi secara 3D. Ia menggunakan satelit untuk mengambil gambar. Sesetengah kawasan kite boleh melihat dengan jelas dan sesetengahnye tak boleh...hanye blur sajer gamber dia.

Kelebihan:-
#dapat melihat rumah, bangunan, kereta dan banyak lagiklah. Bolehlah skodeng2 rumah orang lain.

Keburukan:-
#
Tak dapat tembus dinding rumah orang....kahkahkah

pastikan computer korang mempunyai prestasi yg tinggi, mepunyai broadband dan 3D card.

Download dan install sekarang Google Earth


Software - Review CCleaner

adekah korang ingin bersihkan computer atau dlm bahase mudahnye mandikan computer...????
yaaa....aku ade jawapannye. Gunakanlah CCleaner. ia boleh membersihkan computer korang daripada sebarang kotoran dan menyegarkan sistem computer korang dan juga meningkatkan performance computer itu.

ciri2 CCleaner
Berkesan mebersihkan..........

Internet Explorer
Temporary files, URL history, cookies, Autocomplete form history, index.dat.

Firefox
Temporary files, URL history, cookies, download history.

Opera
Temporary files, URL history, cookies.

Windows
Recycle Bin, Recent Documents, Temporary files and Log files.

Registry cleaner
Membuang entries yg lame dan tidak digunakan, termasuk File Extensions, ActiveX Controls, ClassIDs, ProgIDs, Uninstallers, Shared DLLs, Fonts, Help Files, Application Paths, Icons, Invalid Shortcuts dan banyak lagi... dan didatangkan dgn kemudahan backup.

Third-party applications
Membuang temp files and recent file lists (MRUs) daripada pelbagai jenis Aplication termasuk Media Player, eMule, Kazaa, Google Toolbar, Netscape, MS Office, Nero, Adobe Acrobat, WinRAR, WinAce, WinZip dan bayak lagi.....

100% Spyware FREE
Software ni selamat digunakan dan tidak ada Spyware, Adware or Viruses.

Download dan install sekarang gak.....

CCleaner - Freeware Windows Optimization