Isnin, 2 April 2007

Cuba-Cuba Linux

Assalamualaikum
huhuhu....

lama sudah aku tak tulis kat blog ni. Sampai terlupa pasal blog ni.... Yg pasal skin firefox tu langsung aku tak buat. Haritu aku dah buat persedian dah...tapi, tak terbuat. Ada kejer lain lah..

lagipun aku tak brape reti sangat dlm bab-bab grafik ni. hehehe...lain kalilah aku cuba. Tapi aku dah paham dah camne konsep dia dan cara nak hasilkannya.

Seperti tajuk blog aku kali ni...aku sekarang ni memang tertarik dengan linux. Bermacam info yg aku cari kat internet untuk meuaskan hatiku betapa sistem operasi linux yg open source (sumber terbuka) ni memang best.....aku tak tau saper yg menghasut aku untuk mengguna linux. Dari kecik sampailah sekarang aku cuma kenal dan guna Microsoft Windows jer...

Tetiba aku terjatuh cinta plak ngan Linux ni. Aku sekarang tengah mencuba-cuba untuk guna Linux. Tetapi aku tak install di harddisk. Aku guna linux ni menggunakan live cd jer.... Live cd bermakna kita boleh menggunakan program itu terus dari cd tanpa menginstall nya di harddisk kita. Aku tak install di harddisk disebabkan aku takut kemungkinan size harddik aku tak mencukupi untuk jalankan linux dan lagi satu.... ramai yg gunakan komputer aku ni untuk buat kerja. Sudah tentu mereka tidak reti menggunakan linux kerana dari dulu mereka hanya kenal dan diajar menguunakan komputer berasaskan sistem operasi buatan Microsoft iaitu Windows.

Aku sekarang tengah mencuba-cuba Damn Small Linux (DSL). DSL adalah salah satu daripada distro linux. Apa itu distro? Distro secara ringkasnya yang semua orang boleh faham ialah sistem operasi yang berasal dari linux dan diubah suai oleh mana-mana pihak untuk menghasilkan sebuah sistem operasi yang lain tapi masih di bawah linux. Lihat website ini untuk mengetahui jenis-jenis distro linux :>
List of linux distro
Distrowatch

Ini adalah salah satu website yang berkemungkinan telah menghasut aku untuk menggunakan linux. Sila Masuk :> Kenapa Linux Lagi bagus???

apa tunggu lagi???? cubalah linux.

peace..

Tiada ulasan: