Memaparkan catatan dengan label Review Website. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Review Website. Papar semua catatan

Selasa, 31 Julai 2007

Klon Wikipedia

Aku rasa ramai yang sudah mengetahui tentang website wikipedia. Aku selalu jadikan website wikipedia tu sumber rujukan utama selain pak cik aku.

Yang aku nak cerita kali ni tentang klon kepada wikipedia. Websitenya memang hampir sama dengan wikipedia. Iaitu Uncyclopedia.

Tapi isinya memang celaka betul.... menghinalah, kononnya tujuan asal uncyclopedia ialah buat artikel lawaklah.

Aku taupun melalui forum di putera.com

Kesimpulannya kalau korang terjumpa website tu untuk buat rujukan janganlah percaya sebarang pun isi di dalamnya.

Khamis, 28 Jun 2007

Taktik Adsense Yang Bagus

Kepada peminat fanatik adsense yang ingin buat duit daripada blog tapi tak reti menulis dalam bahasa english mungkin boleh cuba praktik special report dari website ini:-
Tipadsense

Aku dah baca dan tak sangka plak begitu senangnya dia buat duit daripada adsense tapi tak reti bi.

Pergilah download dan baca sekarang. Free.

Selasa, 19 Jun 2007

Edit Video Anda Di Youtube

Youtube telah melancarkan suatu sistem viedo editing untuk memudahkan korang mengedit video secara terus di youtube. Ianya menggunakan teknologi Adobe Premier yang terkenal sebagai video editing yang terbest.

Korang boleh edit video dengan menggabungkan video clips, gambar, muzik dengan efek grafik dan....apa lagi yer?err... seperti biasalah yg boleh dilakukan oleh video editing.

mungkin untuk simple2 je....

Pergilah skodeng sekarang ke Youtube Remixer
Aku pun belum guna lagi.

emm..sejak Youtube di ambil alih Google macam2 perkara baru dibuat.

Tengok screenshot kat bawah ni:, klik untuk besarkan gambar:-

Ahad, 17 Jun 2007

Test Ubuntu di Browser Internet

Ubuntu ialah sistem operasi (os) berasaskan Debian, Linux. Sesiapa yang memang dah tau mengenai ubuntu dan mahu try ubuntu kat pc tapi takut berlaku sebarang perkara yang menakutkan terjadi.....

Aku ada caranya. Pergilah ke website:-
http://wubuntu.weejewel.net/

Korang boleh test ubuntu secara online. Website ni macam simulasi untuk os ubuntu. Korang akan merasakan pengalaman menggunakan ubuntu wlaupun komputer korang tak pasang os ubuntu.

Website ni memang bagus dan sesuai untuk korang yang ingin melihat bagaimana rupa ubuntu. Yang buat aku terkejutnya ialah ada Mozila Firefox dalam tu dan siap boleh digunakan plak tu.

Sabtu, 16 Jun 2007

Mengembara ke Planet Marikh

Siapa nak pergi planet marikh angkat keyboard...???

Tentu ramai yang teringin atau sekurang-kurangnya sipi-sipi keinginan untuk landing di planet marikh. Misi ke planet marikh memanglah hampir mustahil untuk dilakukan. Tapi, dalam Astro dulu aku tengok dah ada banyak geng yang sedang berusaha dan memikirkan cara bagaimanakah nak bagi manusia mengembara ke planet marikh dengan jayanya.

Bermacam-macam cadangan diberi malahan ada yang sedang diuji pada masa sekarang beberapa cadangan itu. Bayangkanlah..bekalan makanan nak letak mana kan.

Tapi, buat apa nak fikir benda-benda gini.. sebenarnya kini, semua orang boleh mengembara ke planet marikh. ha...ni yang aku nak bagitau. Kita hanya perlukan internet sahaja.

Klik link di bawah untuk mengembara ke planet marikh:-
Google Mars

Pandai-pandailah korang kawal alatan control kat site tu. Malas aku nak ajar.
Sebelum tu, pastikan korang mempunyai talian internet yang laju.

Kalau tak mampu nak buka website tu tengok jelah screenshot website tu di bawah. Klik untuk besarkan gambar:-

Khamis, 14 Jun 2007

Youtube Membuat Perubahan Baru

Aku sedikit terkejut pada harini kerana website video sharing yang terbesar dan terpopular serta terhebat dan juga terbest telah melakukan beberapa perubahan/penambahbaikan pada fungsi websitenya.

Antara perubahan ketara ialah:-

1. Boleh log in dengan menggunakan account GOOGLE!!!
2. Interface website yang sedikit berbeza.
3. Tengok video dengan wajah baru pada page video. Kena klik Try out the NEW (beta) version of this page!

...dan beberapa perubahan kecil.
Kalau nak tahu lagi banyak tengoklah sendiri website Youtube dan godek-godeklah sendiri.

Ok...blah dulu.

Selasa, 3 April 2007

Komputer Dalam Internet???

Mesti korang pelikkan dengan tajuk kali ini. Komputer di dalam internet????

Adakah korang mahu komputer korang boleh dibuka di mana2 sahaja..???

Segala fail dalam komputer tu pun boleh dibuka tak kira di mana pun korang berada asalkan ada kemudahan internet.

Mempunyai kemudahan game, email, Internet Messanger, ruang simpanan fail, music player, kemudahan untuk mengubah desktop komputer tu seperti yang ada pada komputer biasa dan pelbagai lagi kemudahan seperti yang ada pada komputer biasa dengan percuma.

Ni aku tunjukkan sedikit screenshot. Click kat gambar tu untuk besarkannya.


Teringin nak guna??

Daftarlah di sini:- Goowy

Jumaat, 2 Februari 2007

Review Website - Google Bahasa Jawa

Dah lama aku tak tulis kat blog ni..... marilah kita belajar it kat blog aku sambil bersantai. Aku pun sebenarnya tak tau apa maksud sebenarnya santai ni.

Tengah aku dok ushar-ushar kat google punya versi-versi dlm bahasa lain...tetiba aku terjumpa plak ngan Google versi Jawa. Tak sangka aku ada Google dalam bahasa jawa. Bolehlah aku belajar skit-skit bahasa jawa kat situ....Walaupun aku ada keturunan jawa skit. Tapi aku tak paham pun bahasa jawa ni.


Perghhh....bangga aku!!!!

Gi kat link-link yang diberi kat bawah ni:-

Google Bahasa Jawa
Senarai Google Dalam Bahasa Lain

Rabu, 20 Disember 2006

Review Website - Terjemahan Perkataan Dari Melayu ke Inggeris

Tak tahu makna perkataan Bahasa Inggeris ketika surf internet di website mat salleh?
Hari ni aku nak perkenalkan kepada korang satu website yg boleh menerjemahkan 'ayat' bukan sekadar perkataan sahaja. Website ni memang baguslah. Nama dia LinguaWeb. Tapi korang jangan plak percaya bulat2 maksud perkataan itu. Tak semuanya betul. Asalkan boleh buat orang paham jer....

Antara ciri2 lainnya ialah:-

  • boleh mencari website seperti ejen pencari yg lain macam Google. Keputusan carian juga boleh diterjemahkan hinggalah ke website yg kita masuk.
  • boleh menerjemahkan teks yg kita nak...cuma taip kat situ sajer.
  • ada perkhidatan menerjemahkan ayat melalui hndphone.
  • jika kita mempunyai website sendiri dalam Bahasa Inggeris kita boleh mohon kod HTML yg boleh diletakkan di website kita untuk diterjemahkan ke dalam melayu oleh pengunjung website kite.
Yg bestnyer....semuanya free......!!!!!

Selasa, 12 Disember 2006

Review Website - Putera

Putera.com adalah laman web forum komputer yg membincangkan masalah komputer korang yg terlalu manja dan suke menangis tu........
korang bolehlah menyelesaikan masalah itu semua di website Putera.com. Yg bestnye ialah website ini berbangsa Melayu.
perkara pertame skali yg korang kene buat ialah daftar dahulu. Selepastu bolehlah korang berforum dan selesaikan masalah itu semua...........

Antara tatacara berforum yg korang mesti ikut:-

  • Search dahulu sebelum memulakan topik baru.
  • pastikan topik yg korang buat tak dibuat dibahagian yg salah
  • jangan buat banyak sangat topik dalam satu2 masa.
  • jangan tanya soalan sendirik dalam topik orang lain
  • tajuk topik mesti sesuai dengan masalah
  • jangan tanya solan yang bodoh sangat macam apa itu internet
  • jangan buat topik benda2 haram macam serial key, cr@ck, h@ck dan yg seumpame dengannye.
okey...semoga berenjoy.....