Sabtu, 30 Disember 2006

Programming - Python Language (Bahasa Pengatucaraan Python)

Aku akan perkenalkan salah satu dari beratus-ratus bahasa programming(pengatucaraan) iaitu Python. Kalau diikutkan, di Malaysia Python memang tidak terkenal sama sekali dibandingkan dengan bahasa-bahasa pengatucaraan yang lain seperti C, C++, C#, Visual Basic, Perl, Pascal dan beberapa yang lain dan buku-buku atau sebarang artikel serta tutorial mengenai Python juga memang tidak ada sama sekali.

Yang paling bestnya tentang Python ialah ia sangat mudah untuk dipelajari dan ditulis serta tidak terlalu sukar difahami jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa pengatucaraan yang lain walaupun korang tidak mempunyai asas dalam bidang pengatucaraan komputer ataupun memang tak tahu kebende satu pun. Lagi satu Python ni adalah bahasa cross-platfom yang bermaksud boleh dijalankan di pelbagai platform komputer seperti Windows, Linux, Macintosh,BSD dan pelbagai lagi serta juga boleh dijalankan di Handphone Series S60, Play Station dan beberapa peralatan lain. Jadi tak kira apa pun sistem operasi komputer korang..korang tetap boleh bermain dengan Python.

Python adalah sejenis bahasa pengatucaraan High Level Language atau peringkat tinggi dan juga sejenis scripting language seperti yang dah diterangkan dalam post aku yang lepas. Ia adalah sebuah program pengatucaraan berasaskan object-oriented programming (OOP) atau dalam Melayunya Pengatucaraan Berorientasikan Objek. Aku akan menerangkan maksud OOP ini di post yang akan datang. Jadi, ia boleh diadaptasi atau digunakan untuk membangukan pelbagai jenis aplikasi komputer seperti web, game, pengkalan data, aplikasi berasaskan desktop(GUI), kerja-kerja saintifik, pengiraan, pembelajaran, untuk networking dan beberapa lagi aplikasi. Korang tengok...bermacam-macam perkara yang boleh dibuat dengan Python. Itupun banyak lagi kemampuan dan kelebihan Python yang aku tak sebutkan.

Kalau tak nak serious pun dalam bidang pengatucaraan korang boleh jadikan Python ni sebagai hobi yang boleh mengasah minda korang untuk berfikir secara mencabar.

Okey..nilah penerangan ringkas yang aku berikan mengenai Pengatucaraan di dalam Python. Kalau korang nak lihat tutorial aku tentang Python boleh lihat kat sini. Tutorial python Untuk Bukan Programer. Tak siap lagi tu..aku terjemahkan dari buku asal di Non-Programer Tutorial For Python.

Lepas ni aku akan sambung lagi mengenai Python di post-post yang akan datang. Aku akan ajar mengenai cara guna Python dan memprogramnya lepas ni...


Jumaat, 29 Disember 2006

Software - Mendownload Video Dari Youtube, Google Video dan Yang Seumpama Dengannya

Korang tak teringin ke nak mendownload video dari Youtube, Google Video atau seumpama dengannya. Walaupun memang diketahui website-website seperti itu tidak dibenarkan untuk kita mendownload video tetapi sekarang sudah ada cara senang nak download video dari situ.

Ada beberapa cara sebenarnya...tapi aku ajar yang paling senang sekali. Hanya berfungsi pada browser internet Mozilla Firefox sahaja. Download dan Install lah sekarang. Dengan Internet Explorer pun boleh juga cuma cara dia lebih sukar sedikit dan melecehkan serta membuang masa sahaja....

Gunakan VideoDownloader dan install di browser Mozilla Firefox korang. Lepas install tutup browser Firefox tu dan buka balik. Nanti ada satu icon kecil di sebelah kanan bawah sekali. Bila dah masuk website yang ada video seperti youtube klik ajelah icon tu dan akan terpapar satu window. Kat dalam tu korang klik ajelah gambar button tu...ataupun baca arahan kat situ.

kan senang.....

Khamis, 28 Disember 2006

Software - Menguruskan File Komputer Yang Di Download Di Internet

Kalau korang ingin mendownload sesuatu file ataupun program computer di internet gunakanlah software Download Accelator Plus. Ia boleh menguruskan sebarang file yang di download ikut sukati korang sama ada nak pause, pilih tempat nak download, menentukan file ini akan di masukkan ke folder mana, file mana yang nak di download dan file mana yang nak diberhentikan download atau pause/berhenti sekejap serta file mana yang nak diteruskan kembali untuk di download.

Lagi satu yang bestnya dia boleh melajukan download internet kerana dia akan mencari sesuatu file yang kita download di serata internet jika file yang kita download tu ada di beberape tempat lain di internet dan akan melakukan download secara serentak di semua tempat yang ada file seperti yang kita mahu dan memecah-mecahkan file itu ke bahagian-bahagian yang kecil.

Jika talian internet kita terputus semasa mendownload, tak perlu risau..... kerana kita boleh sambung download pada bila-bila masa sahaja (jika dia tulis source does not support resume maka kita tak dibenarkan untuk kembali mendownload atau pause jika terputus, kita terpaksalah download dari mula balik....biasanya jarang jadi camtu..).

Installah sekarang...!!!!

Rabu, 27 Disember 2006

Semasa - Internet Perlahan Akibat Gempa Bumi di Taiwan

Fuh....!!!
Lembab betul internet hari ni...Rabu 27 Disember 2006
Semuanya gara2 gempa bumi yang berlaku di Taiwan hingga mengakibatkan kerosakan kabel-kabel internet bawah tanah di tempat-tempat yang berhampiran denagn Taiwan.

Malaysia juga terkena...tapi capaian internet untuk laman web dalam negara adalah okey cuma untuk laman web yang terletak di beberape negara Asia, Amerika serta Eropah adalah teruk sama sekali.

Tak taulah berape lama masalah ni boleh selesai.......

Selasa, 26 Disember 2006

Software - Pemampat File

Adakah Hard Disk korang dipenuhi dengan banyak file hinggakan size hard disk pun bertambah kecil dan sempit. Gunakanlah pemampat file yang akan memampatkan sesuatu file korang higga sizenya menjadi lebih kecik...

Aku syorkan korang guna 7-Zip. Aku memang tak galakkan korang guna pemampat atau compressed software jenis lain kat komputer korang kerana 7-Zip terbukti memang bagus dan boleh memampatkan sesuatu file menjadi lebih kecil size nya dari pesaingnya. Yang paling bestnya 7-Zip adalah FREE tau percuma dalam melayunya. Daripada korang susah-susah dapatkan pemampat yang berbayar dan kurang mampatannya dari 7-Zip buat hape...!!!??

Gunakanlah 7-Zip skarang jugak....
Download sini...7-Zip.exe

Isnin, 25 Disember 2006

Tips dan Trick - Cara Paling Cepat Nak Kembali Ke Desktop

Kalau korang bukak banyak sangat program dan sudah tentu window(tetingkap) juga akan banyak dibuka. Nak memudahkan korang minimize semua window tu secara serentak dan cepat ini cara dia:-

Klik kanan kat taskbar dan pilih Show The Desktop.
Dalam sekelip mata sahaja, semua Window akan di minimize secara serentak.......fuh!!

ni jelah yg aku nak bagi tip untuk kali ini.

Ahad, 24 Disember 2006

Software - Mozilla Firefox

Mozilla Firefox adalah sejenis bowser internet seperti Internet Explorer. Mozilla Firefox ialah perisian sumber terbuka dan free yang pastinya dibangunkan oleh beratus-ratus pekerja sukarela yang ingin menghasilkan browser yang power, boleh dijalankan di pelbagai Sistem Operasi dan mempunyai paparan yg comel lagi menawan.

Banyak kebaikan dan kelebihan gunakan Firefox ni.
Yang paling bestnya ialah Firefox ni browser yang laju dan dapat buka sesuatu website lebih pantas dari Internet Explorer. Tak percaya...uji sendiri dan lihatlah perbandingannya.
Antara lainnya Firefox ni browser yg selamat kerana mempunyai pelindung keselamatan ketika kita melayari internet. Kalau kita termasuk website yang merbahaya Firefox akan memberitahu kita. Juga ada pop up blocker yang dapat menghalang iklan-iklan yang menyakitkan pandangan mata sajer...
Jika nak bukak banyak website dalam satu2 masa juga tidak akan menjadi masalah kepada kita kerana Firefox mempunyai Tab. Kita hanya bukak tab baru sahaja klau nak bukak website lain. Kita tak perlu lagi buat window(tetingkap) baru jadi, takdalah berserabut paparan komputer kita.

Memang banyak lagi kebaikan dia. Terserlah kepowerannya.....klau korang gunakan Firefox

korang rase macam tak lengkap lagi browser ni ataupun macam ada yg tak best atau mahu 'menghias' Firefox!!??
Korang bolehlah melawat laman web ini Firefox Addon
Frefox Addon ialah tempat untuk korang cari program-program tambahan untuk Firefox korang mengikut kehendak masing-masing. Korang bolehlah pasang di Firefox korang.
Nak tukar paparan Firefox juga boleh dengan pergi ke Themes, klau rasa nak paparan yang korang suka macam sukan, binatang dan entah pape lagilah.

Dapatkanlah sekarang...sementara stok takkan habis.

Sabtu, 23 Disember 2006

Internet - Apa itu E-Mail?

E-Mail ialah Electronic Mail ataupun dalam melayunya Mel Elektronik ataupun surat elektrik....jangan terkena kejutan sudah..!!!....

Aku akan ceritakan secara asasnya apa itu E-Mail.
E-Mail ialah secara asasnya kita boleh menghantar pesanan melalui komputer ke komputer yang lain. E-mail menghantar pesanan dan juga boleh menghantar file melalui komputer dan masuk ke jaringan internet seterusnya akan sampai ke satu komputer yang lagi satu.

E-Mail ini kan disimpan oleh Penyedia perhidmatan E-Mail di komputer mereka seperti Yahoo dan Hotmail. Kita boleh membukanya dan menguruskan kesemua E-mail kita melalui internet. Tapi pastikan kena ada dahulu alamat E-mail.

Jumaat, 22 Disember 2006

Sumber Terbuka - Apa itu Sumber Terbuka?

Sumber terbuka ialah.........camner yer.???
lebih kurang camnilah.... sesuatu software yang kita boleh tangok dia punya code programming (kod pengatucaraan) dia. Kita boleh mengubah suai dan edarkannya kembali dengan masih memberi penghargaan kepada pencipta asal software tu. Software sumber terbuka(open source) biasanya adalah percuma dan boleh di download di internet.

Kebaikannya ialah ia dapat menambah baik sesuatu software disebabkan ianya mungkin dibangunkan oleh ramai orang kerana kod dia boleh dilihat dan diubah oleh sesiapa sahaja. Bayangkan beribu-ribu orang membuat ubahsuai terhadap satu software tu...tak ke power software tu.....

Yang aku tulis ni hanya mengikut kepada kefahaman aku sahaja.

Khamis, 21 Disember 2006

Semasa - Banjir Semakin Buruk

Nampaknya, berita sedih bagi penduduk di tiga buah negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan akibat berlakunya banjir yang amat dahsyat. Sama-samalah kita doakan supaya penderitaan mereka hilang.

Rabu, 20 Disember 2006

Review Website - Terjemahan Perkataan Dari Melayu ke Inggeris

Tak tahu makna perkataan Bahasa Inggeris ketika surf internet di website mat salleh?
Hari ni aku nak perkenalkan kepada korang satu website yg boleh menerjemahkan 'ayat' bukan sekadar perkataan sahaja. Website ni memang baguslah. Nama dia LinguaWeb. Tapi korang jangan plak percaya bulat2 maksud perkataan itu. Tak semuanya betul. Asalkan boleh buat orang paham jer....

Antara ciri2 lainnya ialah:-

  • boleh mencari website seperti ejen pencari yg lain macam Google. Keputusan carian juga boleh diterjemahkan hinggalah ke website yg kita masuk.
  • boleh menerjemahkan teks yg kita nak...cuma taip kat situ sajer.
  • ada perkhidatan menerjemahkan ayat melalui hndphone.
  • jika kita mempunyai website sendiri dalam Bahasa Inggeris kita boleh mohon kod HTML yg boleh diletakkan di website kita untuk diterjemahkan ke dalam melayu oleh pengunjung website kite.
Yg bestnyer....semuanya free......!!!!!

Selasa, 19 Disember 2006

Kenali Komputer - Apa itu defrag?

Dulu aku cakap nak bagitau tentang maksud defrag. Ni aku nak bagitau la ni....

Sebelum kita mengenali defrag kita mesti tau apa itu framented file? Fregmented file ialah file yg sudah berpecah dan berterabur di dalam hard disk kita. Ini akan melembabkan computer kita untuk membuka file yg telah berpecah itu. File tersebut menjadi begitu setiap kali kita membuat file baru dan membuang pelbagai jenis file secara banyak kali atau kita install atau uninstall sesuatu program secara kerap. Walaupun ianya bukanlah satu kerosakan cuma menyebabkan kelembapan untuk komputer kita mencari file itu dan membukanya.

Defrag ialah sesuatu program yg lebih kurang boleh menyambungkan semula file yg telah berpecah. Dan seterusnya komputer kita akan menjadi lebih laju pasal memudahkan computer kita untuk mencari dan membuka sesuatu file itu.

Software Defrag hard disk yg bagus dan free........Auslogics Disk Defrag

inilah penerangan yg ringkas tentang defrag hard disk.........

Isnin, 18 Disember 2006

Kenali Komputer - Apa itu registry ?

Dalam episod belajar it kali ini, aku akan ceritakan apa itu maksud registry. Kerana dulu aku ada bagitau yg aku nak bagi tau maksud registry.

okey...mula sekali..klau korang nak tengok camner rupanyer registry itu...ikut step ni:-

  1. Tekan button Start kat computer korang
  2. Pergi kat Run
  3. Type Regedit (regedit ialah alatan untuk edit atau ubahsuai registry)
siap....!!! kat situlah rupa registry.

Maksud registry secara ringkasnyer ialah tempat simpanan data, setting dan maklumat computer kite seperti maklumat pengguna, software yg diinstall, hardware, dan bermacam-macam maklumat atau setting untuk membolehkan computer Windows korang berfungsi.

Penerangan Tentang Jenis Folder di Registry

HKEY_CURRENT_USER = > Mengandungi maklumat pengguna yg tengah guna computer.

HKEY_USERS = > Mengandungi maklumat setiap pengguna yg menggunakan computer tu....

HKEY_LOCAL_MACHINE = > Menyimpan setting untuk hardware, sistem operasi Windows kita dan software atau aplikasi yg diinstall.

HKEY_CLASSES_ROOT = > Mempunyai maklumat untuk file extension (jenis program utk membuka sesuatu file), dan OLE object (aku pun tak tau).

Itulah secara ringkasnyer aku nak bagitau tentang registry. Klau nakcerita lebih detail memang panjang.


Ahad, 17 Disember 2006

Software - Meningkatkan Prestasi Komputer

kali ni, aku nak bagi tahu korang beberape software yg dapat maintain dan meningkatkan prestasi komputer korang tanpa perlu bersusah payah. Dan semua software ini adalah free......boleh di download di internet dgn percuma.

  1. CCleaner - Mebersihkan komputer dan membuatkan computer menjadi lebih ringan
  2. Abexo - Mebuang serta menyuci registry computer yg rosak dan tidak sah serta yg tidak boleh digunakan lagi. Computer akan menjadi lebih laju. Registry tu ape!!??nanti aku cerita di lain episod.
  3. Free Registry Defrag - Bende ni akan defrag registry kite dgn cara membuang ruang2 kosong di registry yg dihasilkan setiap kali computer Widows kite melakukan proses di registry. Proses yg dilakukan Windows ni antaranye melibatkan pembuangan dan penambahan registry seperti kite install sesuatu software atau unninstal. and then...computer kite juger akan bertambah laju......defrag tu aper??? aku ceritakan lain kalilah.
  4. Auslogics Disk Defrag - ni adelah software defrag hard disk. Walaupun dalam computer Windows memang dah ade Disk Defragmenter...tapi bende ni dapat defrag lagi laju daripada yg memang dah ade dalam computer kite...software ni akan defrag hard disk kite dan akan menunjukkan report kepade kite berapa file yg di defrag dan bearapa peratus kelajuan komputer yg bertambah selepas di defrag. Apakah fungsi defrag hard disk ni? seperti yg aku cakap..aku akan ceritakan dilain kali....
  5. Optimizer XP - software ni mungkin dapat melajukan sedikit computer dan internet. mudah digunakan. cuma klik dan bace arahan die...
Nak surf internet dgn lancar dan lebih laju dari Internet Explorer. Gunalah Mozilla Firefox. Korang kliklah kat gambar sebelah kiri tu yg tulis Browse The Web Faster Get Firefox With Google Toolbar. lepastu download.

okey...korang installah semua software diatas dan gunakan software lebih kurang sekali seminggu. Buat ikut urutan dari nombor satu hingga lima. Korang akan rase komputer korang lebih laju, ringan, stabil dan lancar.

Jumaat, 15 Disember 2006

Kenali Komputer - Apa itu Internet?

Apa itu Internet?????????
Internet ialah satu rangkaian komputer yg sangat besar dan dihubungkan ke seluruh dunia melalui protokol Tcp/ip atau packet switching communication protocol (aku pun tak tau).

urutan cara bagaimana komputer kite dihubungkan ke internet:-

  1. Kite akan menghubungi ISP yg kite langgan macam TMNet melalui modem. Modem tu akan hantar signal yg diberikan komputer kite ke ISP Internet Service Provider(Penyedia Perkhidmatan Internet) melalui wayar telepon.
  2. daripada ISP kite akan dibawa terus ke...dunia internet. Data2 daripada website yg kite hendak kunjungi akan di download(muat turun/masuk dalam komputer kite) ke dalam komputer kite. Website yg kite bukak adalah datangnye daripada komputer lain yg terletak di berbagai-bagai ceruk dunia. Terdapat berjuta-juta komputer yg meletakkan berbagai website seperti yahoo.com atau google.com.
  3. Kite membuka website melalui browser internet seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox, Netscape, Opera dan banyak lagi...browser inilah yang akan terjemahkan data yg kite terima dari internet kepade teks, gambar, video dan lain2 lagila...
okey..ni jelah yg dapat aku bagi tau secara asasnye bagaimana internet itu berfungsi.......

Berita It - Google Lancar Google Patent Search

Semalam, Google melancarkan perkhidmatan barunye........ Google Patent Search.
Patent tu aper..!!??? aku pun tak berape tau gak sbnarnye ni....
Patent tu aku rase agaknye macam hak cipta yg dilindungi undang-undang.. lebih kurang gitulah. Klau kite ade gambar dan kite patent kan die supaye ianye menjadi hak cipta kita. Jadi takde sesapelah boleh tiru gambar tu ataupun kata gambar tu dia punye atau dia yg buat pasal kita dah patent kan dia dan kitalah pemilik lesen patent itu. Klau ada sesape yg menipu bolehlah kita saman dia pasal karya kite dilindungi undang-undaaanng.....

Disinilah fungsi Google Patent Search
kite boleh mencari pemilik sesuatu patent tu...kite juga dapat melihat hasil kejer diorang dan nombor lesen patent diorang. Aku rase cume patent yg didaftarkan kat US jer boleh cari kat situ..negare lain takde. Sekarang kira2 ade lebih kurang 7 juta patent yg ade di Google Patent.

cara mencari plak..korang boleh tulis ape2 jer yg korang nak macam car. Nanti kluarlah patent yg ade kene mengener ngan kereta mcm lukisan kereta. Lagi satu korang boleh cari secara detail melalui cara By Patent Details, By Classification, By Date, Additional Operators. Nak lebih detail tentang Google Patent korang tengok kat sini About Google Patent Search.

Khamis, 14 Disember 2006

Semasa - Sultan Mizan Mengangkat Sumpah Memegang Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-13

Semalam 13 Disember 2006, Sultan Mizan mengangkat sumpah menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-13 di Istana Negara.

Baginda akan memegang jawatan tersebut selama 5 tahun atas perkenan Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-208 (Khas) pada 3 November lalu.

Berita penuh di Berita Harian

Daulat Tuanku.........................

Programming - Mengenali Alam Pengatucaraan

Mari kite berkenalan pulak dengan alam programming atau pun dalam bahasa Melayunye pengatucaraan.

adekah korang tahu bagaimane sesebuah komputer tu boleh menerima arahan daripada kite. apekah yg membolehkan ianye memahami bahasa kite? adekah ade alien dalam badan komputer itu..!!???
arahan mesti diberikan kepade computer untuk membolehkan sesebuah computer itu melaksanakan tugasnye seperti yg kite nak. contoh..klau kite main game dan nak tembak raksase lepastu raksase tu mesti kene lima kali tembak baru mati. Jadi, kite mesti memberi arahan kepade komputer supaya dia ikut ape yg kite nak. Arahan ini mestilah suatu bahase yg difahami komputer. Arahan yg diberikan mestilah dalam bahase komputer. Terdapat beratus-ratus jenis bahase computer di dunia. Antaranye...:-

Bahasa computer ni pulak tebahagi kepada tiga jenis:-

  • Low Level Language/Assembly Language
  • High Level Language
  • Scripting Language
Low Level Language/Assembly Language ialah bahasa mesin dan bahasa penghimpunan. Bahase2 ni hanye digunakan programmer yg profesionel kerna ianya sangat susah skali.
bahase jenis ni akan terus memberi arahan secara direct kepada computer. Bahase jenis ni begtu efisien dan dapat dijalankan pada kadar yg amat pantas. Inilah bahase yg asas pade sesebuah komputer.
contoh :- ARM, MIPS, x86


High Level Language ialah bahase komputer yg dicipta untuk memudahkan kite memberi sesuatu arahan kepada komputer. Bahase2 ni menggunakan perkataan dan arahan yg hampir kepade bahase manusia. Selepastu bahase ni akan di compile untuk menerjemahkan High Level Language ke Low Level Language/Assembly.
contoh:- BASIC, C, C++, C#, COBOL, Fortran, Java, Lisp, Pascal

Scripting Language ialah bahase yg boleh terus dijalankan tanpa melalui beberape proses lain seperti compiler. Sesetengah bahase ini boleh menggunakan interpreters utk menulis arahannye. Interpreters ialah sejenis penterjemah yg akan menukar High Level Language ke Low Level Language/Assembly. Jadi kite tak perlu bersusah payah untuk mengunakan compiler untuk melihat hasilnyer, kerana klau kite gune interpreters arahan yg kite berikan terus diterjemah ke bahase computer dan hasilnye terus dapat dilihat. Lebih kurang macamtu lah..bahase jenis ni adalah bahase yg paling senang sekali.
contoh:- JavaScript, Python, Ruby, PHP, Perl

okeylah...sampai disini sajer dahulu.....
lagi satu aku nak cakap... ape yg aku tulis tadi tu mungkin betul mungkin tidak ketepatannye. aku menulis mengikut ape yg aku tau. klau ade salah aku mintak maap jelah.....




Rabu, 13 Disember 2006

Tips dan Trick - Keyboard Shortcut in Windows XP

Artikel asal: List of the keyboard shortcuts that are available in Windows XP


bagus bende ni..korang boleh menjimatkan masa dgn begitu byk skali
tapi...sebelum menggunakan shortcut ni pastikan korang membuat banyak senaman jari terlebih dahulu.

General keyboard shortcuts

CTRL+C (Copy)
CTRL+X (Cut)
CTRL+V (Paste)
CTRL+Z (Undo)
DELETE (Delete)
SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
F2 key (Rename the selected item)
CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
CTRL+A (Select all)
F3 key (Search for a file or a folder)
ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents open simultaneously)
ALT+TAB (Switch between the open items)
ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
CTRL+ESC (Display the Start menu)
ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu)
Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
F10 key (Activate the menu bar in the active program)
RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
F5 key (Update the active window)
BACKSPACE (View the folder one level up in My Computer or Windows Explorer)
ESC (Cancel the current task)
SHIFT when you insert a CD-ROM into the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)
CTRL+SHIFT+ESC (Open Task Manager)

ade banyak lagi shortcut..korang pergilah website dia sendirik yg aku tulis kat atastu. yg ni yg penting2 ajer............

Selasa, 12 Disember 2006

Review Website - Download.com

kalau korang nak cari apa2 software atau game. aku cadangkan pergi website Download.com.
dekat website tu..korang boleh cari bermacam-macam jenis software dan game. Ada yg free dan berbayar. korang boleh pilih option nak cari yg free atau berbayar dan juga boleh mencari mengikut kategori jenis software atau game yg korang cari............

semua software adalah selamat dan website ni memang boleh dipercayai. korang boleh tengok review dari user2 yg menggunakan sesuatu software same ade software tu best ataupun tak best

ok..jangan segan2 dan jangan malu2 nak berdownload. :)

Review Website - Putera

Putera.com adalah laman web forum komputer yg membincangkan masalah komputer korang yg terlalu manja dan suke menangis tu........
korang bolehlah menyelesaikan masalah itu semua di website Putera.com. Yg bestnye ialah website ini berbangsa Melayu.
perkara pertame skali yg korang kene buat ialah daftar dahulu. Selepastu bolehlah korang berforum dan selesaikan masalah itu semua...........

Antara tatacara berforum yg korang mesti ikut:-

  • Search dahulu sebelum memulakan topik baru.
  • pastikan topik yg korang buat tak dibuat dibahagian yg salah
  • jangan buat banyak sangat topik dalam satu2 masa.
  • jangan tanya soalan sendirik dalam topik orang lain
  • tajuk topik mesti sesuai dengan masalah
  • jangan tanya solan yang bodoh sangat macam apa itu internet
  • jangan buat topik benda2 haram macam serial key, cr@ck, h@ck dan yg seumpame dengannye.
okey...semoga berenjoy.....

Software - Google Earth

sape nak pergi angkase...??!! sudah tentu semua orang akan jawab "Yaaaaa.. aku nak pegiii." klau sape jawab tak nak tu kire tipulahtu....

Aku ade jawapan yg paling senang utk jawab masalah ni.
Jawapannye ialah................. Google Earth.

Apa itu Google Earth....!!!????? planet baru ker.....
tak. Google Earth ialah software yg membolehkan kite untuk melihat Bumi secara 3D. Ia menggunakan satelit untuk mengambil gambar. Sesetengah kawasan kite boleh melihat dengan jelas dan sesetengahnye tak boleh...hanye blur sajer gamber dia.

Kelebihan:-
#dapat melihat rumah, bangunan, kereta dan banyak lagiklah. Bolehlah skodeng2 rumah orang lain.

Keburukan:-
#
Tak dapat tembus dinding rumah orang....kahkahkah

pastikan computer korang mempunyai prestasi yg tinggi, mepunyai broadband dan 3D card.

Download dan install sekarang Google Earth


Berita it - Microsoft Lancar Perisian Bangun Laman Web

berta ni aku jumpe kat bharian. Berita asal. Antara isi2 pentingnye.........

MICROSOFT (Malaysia) Sdn Bhd melancarkan perisian Microsoft Expression Web di bawah jenama Microsoft Expression Studio yang berfungsi memudahkan kerjasama antara pereka dengan pembangun laman web.

INFO
Produk di bawah jenama Microsoft Expression Studio:

# Microsoft Expression Web (dalam RM1,100)
Fungsi: Perkakasan membina laman web

# Microsoft Expression Design
Fungsi: Perkakasan membina grafik web

# Microsoft Expression Blend
Fungsi: Perkakasan membina grafik interaktif web

# Microsoft Expression Media
Fungsi: Perkakasan untuk pengurusan aset secara digital, mengekod video dan penerbitan

Kelebihan Microsoft Expression Web:

# Meningkatkan kerjasama pereka dan pembangun laman web
# Disokong kod piawai HTML, XHTML, CSS dan XML
# Menjimatkan masa pereka dan pembangun laman web
# Menghasilkan reka laman web interaktif pada masa yang singkat
# Disokong semua jenis pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla dan Netscape

bunyi cam canggih ajer..............tapi tengok hargelah. sendiri mau ingat woooo.....!!!!!

Software - Review CCleaner

adekah korang ingin bersihkan computer atau dlm bahase mudahnye mandikan computer...????
yaaa....aku ade jawapannye. Gunakanlah CCleaner. ia boleh membersihkan computer korang daripada sebarang kotoran dan menyegarkan sistem computer korang dan juga meningkatkan performance computer itu.

ciri2 CCleaner
Berkesan mebersihkan..........

Internet Explorer
Temporary files, URL history, cookies, Autocomplete form history, index.dat.

Firefox
Temporary files, URL history, cookies, download history.

Opera
Temporary files, URL history, cookies.

Windows
Recycle Bin, Recent Documents, Temporary files and Log files.

Registry cleaner
Membuang entries yg lame dan tidak digunakan, termasuk File Extensions, ActiveX Controls, ClassIDs, ProgIDs, Uninstallers, Shared DLLs, Fonts, Help Files, Application Paths, Icons, Invalid Shortcuts dan banyak lagi... dan didatangkan dgn kemudahan backup.

Third-party applications
Membuang temp files and recent file lists (MRUs) daripada pelbagai jenis Aplication termasuk Media Player, eMule, Kazaa, Google Toolbar, Netscape, MS Office, Nero, Adobe Acrobat, WinRAR, WinAce, WinZip dan bayak lagi.....

100% Spyware FREE
Software ni selamat digunakan dan tidak ada Spyware, Adware or Viruses.

Download dan install sekarang gak.....

CCleaner - Freeware Windows Optimization

Ahad, 10 Disember 2006

Kenali Komputer - Sistem Operasi

sistem operasi atau OS ialah sistem yg mengawal semua operasi komputer dan arahan . klau takde OS make tak bergeraklah sesuatu komputer itu....habis citer.
contohnye macam Windows XP, Linux, Mac dan ade mcm2 lagiklah.

Khamis, 7 Disember 2006

Kenali Komputer - Unit Ukuran

Ok, skarang kite akan mengenali camane komputer menyimpan ingatan ke dalam kepale hotak dia. korang biase kan tengok size file, biasenye dlm KiloByte(KB) dan Megabait (MB) atau Gigabyte(GB).

unit ukuran terkecil ialah bit. Bit ni nombor penduaan yg diwakili oleh nilai 0 dan 1
1 bait = 8 bit
1 kilobait = 1024 bit
1 Megabyte = 124 kilobait
1 Gigabyte = 1024 Megabyte.

Ginilah rupenye sesebuah komputer menyimpan maklumat dlm komputer. Komputer hanye mengenali nombor 0 dan 1 sahaje. Rupeyne komputer ni lagi bodoh dari korang. die cume kenal nombor 0 dan 1.

Rabu, 6 Disember 2006

Kenali komputer - Storan

Pade hari ni kite akan blajar pulak apa itu STORAN.

Storan Primer
Otak komputer yg digunakan utk simpan arahan/maklumat yg akan,sedang atau sudah diproses utk sementare ajer....ia juga terkenal dgn name RAM-Random Acces Memory atau dlm Melayu Ingatan Capaian Rawak.
Arahan/maklumat yg disimpan didlmnye akan hilang apabila komputer ditutup atau kene blackout.

Storan Skunder
ini pulak tempat simpanan maklumat yg kekal dan boleh digunakan kembali apabila ianye diperlukan oleh manusia yg memerlukannye.
Contoh storan skunder = Disket, CD, Hard Disk.

harap semua boleh paham.

Ahad, 3 Disember 2006

Kenali Komputer - Komputer Berfungsi

Okey, kite mulakan dgn cara2 sesebuah komputer itu berfungsi.sesebuah komputer boleh menerima data, memproses data, menyimpan data dan lepastu dia akan hasilkan output.

input ialah arahan yg diberikan kpd komputer itu. contoh peralatan = keyboard, tetikus.
proses ialah alatan yg memproses sesuatu arahan drpd input utk dihantar hasilnya kpd output contoh = CPU.
output pulak data yg telah diproses dan menjadi seperti teks, video, grafig dan lain2.
contoh = printer, monitor.
okey samapai disini sajelah.

Jumaat, 1 Disember 2006

Pembukaan blog aku

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Aku buat buat blog ni pasal aku tersangat boring. Klau korang boring bolehlah datang ke blog aku. Sambil2 tu blehlah belajar sedikit pasal it ataupun komputer daripada buat keje bodoh tak tentu pasal. Aku akan ajar mengenai komputer secare santai dan rileks. Okey sampai disini sajelah. ha...lagi satu korang kliklah link yang suruh vote blog aku tu klau korang suke.